Monday, August 29, 2011

Persiapan untuk Hari Raya

Hari Raya akan tiba tidak lama lagi. Saya tidak sabar untuk berhari raya. Hari seperti ini cuma berlaku setahun sekali. Keluarga saya semua sedang sibuk dengan persiapan buat perayaan. Ayah saya telah mengecat rumah dengan warna emas. Saya dan adik saya pula menganyam ketupat. Ibu saya mengemas rumah. Pada tahun ini, kami tidak membuat kuih-muih kerana ibu saya sungguh sibuk dengan kerjanya dan dia selalu penat. Ibu saya hanya pergi membeli kuih-muih.

Selain daripada itu, kami juga ada keluar ke bazaar geylang untuk membeli baju kurung. Keluarga saya membeli baju kurung sepasang berwarna emas dan bnayak lagi. Saya tidak sabar untuk berhari-raya! :D

Saturday, August 13, 2011

Sambutan Hari Kebangsaan Singapura

Pada 9 Ogos, aku hanya duduk di rumah. Keluargaku tidak pergi ke mana-mana. Ibuku membuat kerja rumah. Aku, adikku dan ayahku mengemas dan membersihkan rumah. Banyak yang harus dibuat.

Setalah itu, aku menonton NDP dari televisyen. Pembarisan pada tahun ini agak menarik dan ia menyentuh hatiku. Ia menunjuk tentang kami semua sebuah keluarga yang gembira. Aku suka dengan lagu tema NDP tahun ini. Nama lagu itu ialah ' In A Heartbeat'. Walaupun aku menonton NDP di kaca televisyen, aku tidak dapat merasa semangat Singapura. Aku pasti orang yang pergi ke tempat NDP dapat rasa semangat Singapura.

Cita-citaku

Aku selalu mendengar soalan yang sama daripada semua orang. Di sekolah, di luar dan dimana-mana pun. Soalan itu ditanya semenjak kami di tadika. Soalan itu ialah "Apakah cita-cita kamu apabila kamu sudah dewasa?"

Di tadika, kami tentu akan jawab kami ingin menjadi seorang yang berjaya seperti menjadi seorang jurutera, seorang doktor dan banyak lagi. Bagiku, aku mahu menjadi seorang doktor kerana aku mahu menolong orang yang sakit.

Di sekolah rendah pula, soalan yang sama ditanya. Jawapannya tetap sama tetapi bagiku, aku menjadi seorang saintis kerana aku minat dalam bidang sains walaupun aku tidak begitu bagus. Aku berazam bahawa apabila aku telah menjadi seorang saintis yang berjaya, aku akan mencari cara untuk menyembuh penyakit barah.

Sekarang, cita-citaku tetap sama. Aku tetap mahu menjadi seorang saintis kerana aku masih minat dalam bidang sains.

Aku harap-harap aku dapat menjadi seorang saintis yang berjaya dan juga berguna. :D

Tuesday, August 2, 2011

Persiapan Bagi Menyambut Ramadhan

Bulan Ramadhan sudah pun bermula. Saya sungguh tidak sabar untuk berpausa! Sejak kecil, Saya suka berpuasa. Saya belajar untuk berpuasa setengah hari semasa saya kecil. Apabila saya sudah bersedia, saya pula mula berpuasa sepenuh hari.

Kadangkala pada bulan Ramadhan, keluarga saya akan berbuka sama-sama di rumah makcik saya. Kadangkala pula keluarga saya akan berbuka di luar. Saya suka apabila kami berkumpul untuk berbuka puasa sama-sama. Sungguh menyeronokkan! Kami akan bercerita pengalaman kami berpuasa.

Walaupun kami terpaksa untuk tidak makan dan minum sepanjang hari, saya tetap bersemangat untuk berpuasa kerana saya tidak perlu memkan dan minum dan itu bermakna bahawa saya boleh berjimat. Ibu bapa saya tetap memberi duit sekolah walaupun saya berpuasa.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang suci. Saya suka berpuasa sampai bila-bila!

Monday, July 18, 2011

Filem Melayu Kegemaran Saya




Filem kegemeran saya ialah Cun! Saya suka tonton cerita ini. Ia sungguh lucu. Filem ini tentang Luna, seorang pengacara. Kerjanya ialah untuk mencari gosip tentang artis-artis lain. Untuk pendekkan cerita, Luna telah mengetahui tentang hubungan kekasihnya dengan wanita lain. Luna merajuk lalu membawa diri bersama kawannya ke sebuah kampung di Perlis. Di situ, terjadilah kisah yang mencuit hati antara Luna dan Atan serta keluarganya. Luna dan Atan lalu jatuh cinta. Kekasih lama Luna mendapat tahu bahawa Luna di sebuah kampung lalu pergi ke sana untuk memujuk Luna supaya kembali kepadanya dan juga kembali kepada pekerjaanya. Luna enggan dan tetap tinggal bersama Atan. Atan dan Luna selepas itu pun berkhawin.

Saya suka sangat menonton cerita ini. Ia lucu dan juga ia menyentuh hati saya.

Saturday, July 16, 2011

Buku Cerita yang telah saya baca

Tajuk buku yang saya baca ialah Aku,Dia dan Coklat. Saya mengambil masa 2 minggu untuk menghabiskan buku itu. Buku itu sungguh menarik dan ia punya banyak pelajaran.

Buku inin tentang seorang perempuan yang bernama Zaza. Dia pengila coklat. Ke mana dia pergi, dia harus ada coklat di dalam begnya. Coklat ini membuat dia gemuk. Kegemukannya membuat dia bahan ketawa. Ramai murid-murid kolejnya akan mengejeknya. Walaupun ramai membuat bergitu kepada Zaza, dia tetap tabah dan tidak menghiraukan ejekan mereka. Walaupun ramai yang mengejeknya, dia ada 3 kawan yang bergitu baik dengannya. Puteri Rania, Insyirah dan Khadijah akan selalu bersama Zaza. Kadang-kala, mereka akan menegur Zaza tentang tabiat memakan coklat Zaza itu. Wlaupun sudah ditegur, Zaza tidak peduli dan tetap memakan coklat itu. Satu hari, ada satu murid memasuki kolej mereka. Nama murid itu ialah Fariz. Zaza terus jatuh cinta kepada Fariz. Dia menjemput Fariz ke kolejnya. Zaza juga memberi Fariz coklat sebagai tanda persahabatan mereka. Zaza tidak tahu bahawa Fariz tidak suka coklat. Setiap hari, Zaza akan meletak sebungkus coklat di bawah meja Fariz dan setiap hari, Fariz akan mengambil coklat itu dan akan menyelit coklat itu di almari bajunya.

Zaza selalu akan melungsuri internet. Dia akan mencari tips untuk kuruskan badan. Dia selalu stres tentang berat badannya. Dia berazam untuk kuruskan badan. Dia berazam untuk tidak makan coklat demi Fariz yang kadang kala akan menegurnya tentang berat badan dan bagaimana hendak kuruskan badan. Zaza selalu anggap Fariz adalah murid yang baik dan budiman tetapi semasa dia sedang melungsuri internet, dia terserempak dengan blog ibu Fariz. Blog itu penuh dengan perangai Fariz yang suka menyindir ibunya yang juga mempunyai masalah berat badan. Zaza tidak percaya pada apa yang dia telah lihat. Walaupun semua itu berlaku, dia tetap berazam untuk menguruskan badan dia.

Buku ini telah mengajar saya untuk percaya akan semua pilihan kami dan juga untuk bangga dengan diri sendiri. Ada banyak peljaran lain yang saya dapat mempelajari dari buku ini.

Saturday, July 9, 2011

Lawatan ke Pulau Ubin

Pada Hari Belia, semua pelajar Melayu Menengah Satu dan Dua pergi ke Pulau Ubin. Kami berkumpul di foyer sekolah pada pukul 6.45 pagi. Selepas kami semua sudah berkumpul, kami berangkat ke Changi Jetty pada pukul 7.20 pagi. Murid-murid menengah 1 menaiki satu bas dan murid-murid menengah dua menaiki bas lain. Perjalanan ke Changi Jetty mengambil kira-kira satu jam.

Setelah kami sudah sampai di Changi Jetty, kami berkumpul dan selepas itu diberikan baju kemeja T yang berwarna merah. Kami kemudian diberikan masa untuk bertukar dan selepas itu, kami diberikan sebuah beg plastik yang mengandungi beberapa makanan ringan. Kami juga diberikan duit untuk menaiki bot pergi dan balik. Selepas semua itu telah dibuat, kami pun dibahagikan kepada tiga kumpulan. Saya di dalam kumpulan B. Kami pun menaiki bot dengan kumpulan.

Perjalanan ke Ubin mengambil masa kira-kira 10 minit. Ini bukan kali pertama saya menaiki bot jadi saya tidak terlalu takut tetapi ada yang seperti takut apabila menaiki bot itu. Setelah beberapa minit berlalu, kami menaiki van yang akan menghantar kami ke tempat dimana kami akan membuat semua aktiviti-aktiviti yang telah disediakan.

Apabila kami sudah sampai di tempat itu, kumpulan kami pergi ke stesen pertama kami iaitu: permainan kampung. Di situ, kami dapat mengenali lebih tentang permainan-permainan yang dimain di kampung. Kami juga dapat belajar tentang rumah-rumah kampung. Permainan-permainan yang disediakan ialah congkak, tapak kuda dan banyak lagi. Saya berseronok setelah bermain beberapa aktiviti yang disediakan itu.

Setelah stesen itu, kami ada waktu untuk berehat sebelum kami berpisah balik untuk ke stesen kami yang seterusnya. Stesen seterusnya ialah lukisan batik. Di sana, kami diajar untuk melukis batik yang cantik-cantik. Kami dapat mewarnakan lukisan-lukisan batik itu. Untuk membuat ini, kami harus bersabar dan harus teliti. Saya dapat mewarnakan lukisan bunga. Walaupun ia tidak bergitu bagus, saya tetap berseronok.

Stesen yang seterusnya ialah dikir barat. Pada pendapt saya, saya sungguh suka dengan dikir barat. Ia sangat menyeronokkan. Kami harus bekerja sebagai satu kumpulan supaya tiada kesalahan. Kami juga dapat berkenalan antara satu sama lain. Saya dapat mempelajari lebih tentang dikir barat.

Setelah itu, kami berkumpul kembali dan selepas itu kami memberikan hadiah untuk pemenang-pemenang batik. Kami setelah itu pun pulang menaiki bot ke Changi Jetty dan selepas itu kami bersurai di foyer sekolah.