Saturday, January 29, 2011

Tarian Melayu - Zapin


Terdapat lima kategori tarian di dalam Tarian Melayu. Salah satu daripadanya ialah Tarian Zapin. Tarian Zapin ialah sejenis tarian melayu yang tradisional. Zapin bermaksud 'gerak kaki' daripada perkataan al-Zafn. Ia bercorak persembahan atau pertunjukkan. Gerak tarinya berasaskan kaki penari-penarinya. Banyak tarian Melayu ciptaan baru mengambil rentak Zapin sebagai irama tarian.

Alat muzik utama yang digunakan bagi mengiringi tarian zapin ialah gambus, rebana, gendang dan merakas.Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu. Segi pakaian bagi lelaki ialah berkain samping dan bersongkok dan segi pakaian untuk wanita pula ialah berbaju kurung beserta berkain sarung.

Tarian Zapin agak susah untuk saya. Walaupun bergitu, saya berseronok menari tarian Zapin di kelas.




Saturday, January 22, 2011

Khemah Sec 1 Aspire!

Perkhemahan 3 hari 1 malam sudah berakhir. Perkhemahan itu sungguh menyeronokkan! Saya dapat mempelajari 'ASPIRe' dengan lebih baik. Saya juga dapat mengenal kawan-kawan saya dengan lebih mendalam. Aktiviti-aktiviti yang disediakan itu sungguh menarik tetapi agak sukar. Saya seronok bermain dengan kawan-kawan kelas saya. Kami harus kerja sebagi satu kumpulan. Kelas saya bekerja untuk membuat 'cheer' untuk kelas kami. Pada hari kedua, kami ada 'Obstacle Course'. Kami harus memakai baju kami yang kami tidak mahu lagi kerena kami akan menjadi kotor dalam lumpur. Saya tidak sabar untuk bermain 'Obstacle Course'! Selepas main, kami bersihkan diri kami. Pada hari itu juga, kami ada pertandingan 'cheer'. Kami berseronok dan kami menjerit sekuat hati kami! Walaupun kami tidak menang dalam pertandingan itu, kami tetap berseronok. Selepas itu, kami pulang rumah. Pada hari ketiga, kami pergi ke sekolah untuk upacara inisiasi. Ia agak bosan. Saya suka perkhemahan ini! Ia sungguh seronok! Saya harap perkhemahan itu 3 hari 2 malam!

Friday, January 21, 2011

Sahabat

Sahabat ialah seseorang yang baik, jujur dan seseorang yang kami boleh memberitahu masalah kami. Mereka selalu ada untuk kami seperti ibubapa kami. Jika kami tidak selesa memberi tahu masalah kami ke ibubapa kami, kami ada kawan yang boleh menolong kami. Kawan karib saya ialah Mahsuri dan Sarah. Mereka sungguh baik hati. Kami selalu pergi ke sekolah bersama-sama. Saya kawan karib saya sejak darjah 4. Kami pergi ke kantin bersama-sama. Kami membuat kerja sekolah bersama-sama. Kami dalam kelas sama dari darjah 4 ke darjah 6. Kami pergi ke sekolah menengah yang sama. Saya sungguh gembira! Walaupun Sarah di kelas lain, kami tetap kawan karib selamanya! :)

Friday, January 7, 2011

Minggu pertama di CTSS

Hari pertama dan kedua ialah hari orientasi. Hari pertama di sekolah tidak bergitu menarik tetapi hari kedua sungguh menarik! Ada pelbagai aktiviti yang disediakan oleh guru-guru dan murid-murid di sekolah! Saya seronok bermain permainan yang disediakan. Saya juga dapat berkawan dengan rakan-rakan di kelas saya melalui permainan-permainan itu. Guru kami telah memberi jadual kelas kepada kami. Pada hari ketiga, kami membawa buku-buku kami mengikut jadual. Saya ingin mengetahui siapakah guru-guru yang akan mengajar di kelas saya. Tidak begitu banyak yang dilakukan pada hari ketiga. Kami dikehendaki untuk memperkenalkan diri kepada rakan-rakan. Guru-guru di sekolah menengah agak berlainan dari guru-guru di sekolah rendah. Mereka lebih tegas kepada kami kerena kami adalah murid-murid yang sedang meningkat remaja. Pada hari keempat, kami sudah memulakan pelajaran kami yang pertama. Saya diberi tugas kerja sekolah untuk dibawa pulang. Saya akan meneruskan persekolahan saya di sini dengan gembira!