Saturday, March 26, 2011

Sekolah Rendah Saya

Saya ada dua sekolah rendah. Sekolah Rendah yang pertama ialah Sekolah Rendah Jin Tai. Saya di sekolah itu dari Darjah 1 hingga Darjah 3. Sekolah itu sungguh menyeronokkan. Kebanyakan murid di situ ialah murid melayu. Guru darjah 1 ialah Miss Lee. Dia sungguh baik. Guru darjah dua saya ialah Miss Lee juga. Kami tidak menukar kelas. Saya dapat bersama dengan rakan saya untuk 2 tahun. Pada pertengahan tahun, pengetua sekolah kami memberitahu kami bahawa kami akan disatukan dengan Sekolah Rendah Qifa. Guru darjah tiga saya ialah Ms Neo. Dia seorang guru yang garang dan dia juga seorang guru yang baik. Pada akhir tahun, kami mengemas kelas kami kerana kami akan ke Qifa pada tahun yang hadapan. Saya berasa sungguh sedih untuk meninggalkan sekolah saya. Ada beberapa kawan-kawan saya yang tidak akan Qifa dan ada juga beberapa guru yang tidak akan ke Qifa. Saya rindu mereka setelah lama tidak menjumpai mereka.

Saya di Sekolah Rendah Qifa dari Darjah 4-6. Pada pertama kali saya ke Qifa, semua sungguh lain. Kebanyakan murid di situ Cina. Kelas saya ialah 4B. Guru saya ialah Mrs Chua. Dia seorang yang baik. Saya suka akan cara-cara dia mengajar kami. Guru Darjah 5 juga sama. Guru Darjah enam saya ialah Ms Uma. Dia ialah HOD untuk bahasa Inggeris. Saya suka tekniknya mengakar kami Matematik dan Inggeris. Dia juga suka bercerita.

Sekarang saya di dalam Sekolah Menengah Clementi Town. Saya suka akan sekolah ini. Walaupun tidak ramai daripada kawan-kawan saya di sekolah ini, saya tetap ada kawan rapat saya di sini.

Sunday, March 20, 2011

Percutian Sekolah Mac

Tidak banyak yang berlaku pada hari pertama dan hari kedua. Pada hari pertama percutian Mac, iaitu hari Sabtu, saya membuat kerja sekolah saya dan juga kemas rumah saya. Saya buat bergitu pada hari kedua juga. Saya pun ada membuat project Sains kami.

Pada hari Isnin pula, ada khemahan aesthetics. Kami ada banyak latihan untuk choir. Sebelum saya pergi rehat, insruktor Choir mengaudisi beberapa murid termasuk saya untuk SYF. Saya sungguh takut. Saya ingin sangat memasuk SYF. Selepas audisi, saya diberitahu bahawa saya akan masuk SYF! Saya sungguh gembira! Pada waktu rehat, kami tidak boleh memakan makanan yang berminyak atau yang digoreng. Kami juga tidak dapat makanan yang bergitu pedas kerana kami harus menjaga suara kami untuk menyanyi di SYF. Saya tidak suka membazir makanan tetapi saya terpaksa membazir. Selepas kamp, saya pergi ke rumah Norazika untuk membuat projek D&T.


Pada hari Selasa, saya juga ada perkhemahan aesthetics. Hari itu juga ada banyak latihan. Kami tidak dapat makan banyak kerana banyak makanan yang digoreng. Hari itu juga ada konsert. Instruktor itu meletak saya di baris yang pertama dan di tengah dan saya akan diri di situ pada pertandingan SYF. Pada waktu konsert itu, kami menyanyi lagu Jepun dan juga lagu tradisional Filipina. Selepas konsert itu, kami memberi maklum balik tentang perkhemahan itu dan pulang rumah. Saya balik terus kerana saya harus pak beg saya untuk ke KL pada hari Rabu hingga ke Sabtu kerana ada jemputan di sana. Saya terpaksa membawa kerja sekolah saya ke sana.

Pada hari Sabtu, saya baru balik dari KL. Saya balik rumah dan membuat kerja sekolah saya dan membuat projek Matematiks saya. Saya sungguh penat pada waktu itu tetapi saya tetap membuat projek itu. Saya tidur kira-kira pukul 11 malam.

Pada hari Ahad, saya menghabiskan semua kerja sekolah saya pada waktu pagi. Pada waktu petang pula, saya pergi ke rumah saudara saya untuk menyambut hari lahirnya yang ketiga. Kami berseronok. Selepas itu, saya pulang rumah dan mengemas beg saya untuk sekolah. :)

Sunday, March 13, 2011

Gempa Bumi dan Tsunami di Jepun

Gempa Bumi telah melanda negeri Jepun. Gempa bumi itu mengakibatkan tsunami. Ia berlaku di Sendai. Ramai yang kehilangan orang-orang yang mereka mencintai. Ia adalah gempa bumi yang paling terkuat Jepun. Tsunami itu telah memusnah banyak kereta dan rumah. Ramai yang terkorban dalam kejadian itu. Malangnya, tidak semua yang dapat dicari. Kira-kira 10,000 orang yang masih hilang. Ramai yang terkorban tidak kerana gempa bumi tetapi kerana tsunami.

Pada pendapat saya, saya kasihan kepada orang-orang yang terkorban waktu tsunami itu. Kami boleh menolong dengan menyumbang. Saya juga kasihan pada mereka yang telah kehilangan orang yang mereka mencintai. Kami harus bersyukur kerana negeri kami dilindung oleh negeri-negeri jiran kami.

Sunday, March 6, 2011

Dunia Sekarang

Bumi sekarang dalam bahaya. Bumi kami menjadi panas. Ini disebabkan perkara-perkara yang manusia-manusia sekarang telah buat. "Greenhouse" adalah satu daripada sebab-sebabnya yang menyebabkan pemanasan global. Salah satu gas daripada "green house" ini ialah karbon dioksida. Karbon dioksida ini memerangkap panas di sekeliling sebelum ke "outer space". Namun, ia merifleksi kembali ke bumi yang menyebabkan bumi menjadi lebih panas.

Dengan suhu yang tinggi, air batu di Kutub Utara cair. Ini mengakibatkan paras laut naik dan menyebabkan kebanjiran. Dengan suhu yang tinggi juga, ada negeri boleh mengalami kekeringan. Suhu tinggi juga menyebabkan beberapa spesies bintang pupus seperti bintang-bintang yang tinggal di Kutub Utara.

Dengan ini, ia adalah tanggungjawab kami semua untuk mengurangkan pemanasan global.