Sunday, June 19, 2011

Lawatan ke Malaysia

Semalam(19 Jun), saya ke Malaysia. Semalam, saya terpaksa bangun awal kerana takut kesesakan jalan raya. Saya menaiki bas untuk ke Malaysia. Saya pergi ke Malaysia untuk satu hari sahaja dan saya pergi bersama keluarga saya dan saudara-mara saya. Walaupun kami telah keluar siang, jalan masuk ke Malaysia masih tersesak. Kami terpaksa menuggu untuk 1 jam di dalam bas. Setelah kami telah lepas, kami teruskan perjalanan kami. Kami pergi ke Tangkak. Di sana ada banyak pokok durian. Kami dapat menikmati durian yang sedap itu. Setelah kami memakan durian, kami membeli-belah di daerah Tangkak. Saya tidak membeli apa-apa di situ kerana di situ hanya menjual kain. Ibu saya membeli banyak kain. Setelah kami membeli-belah di situ, kami pergi ke Ayer Hitam. Saya membeli banyak barang di sana. Saya dapat membeli anak patung Angry Birds yang berwarna biru. Setelah kami habis membeli-belah di Ayer Hitam, kami pergi ke sebuah restoran untuk makan malam. Makanan semua sedap. Kami pun balik selepas kami telah habis makan.

Friday, June 10, 2011

Tempat Menarik yang Saya Lawati



Tempat menarik yang saya lawati pada waktu cuti sekolah Jun ini ialah Muzium Peranakan dan juga Katong. Saya pergi ke Katong dan Muzium Peranakan bersama Norazika, Farizah dan Mahsuri. Kami pergi ke Katong untuk membuat projek kami tentang tempat itu. Katong ialah tempat yang menarik. Kami melawati Rumah Bebe dimana kami dapat mempelajari tenang orang-orang Peranakan. Kami juga melawati kedai yang menjual Katong Laksa. Malangnya, kami tidak dapat memakan laksa itu.



Selepas kami mejelajah Katong, kami bercadang untuk ke Muzium Peranakan yang terletak di kawasan Armenian Street. Saya tidak pernah pergi ke Muzium Peranakan. Banyak muzium terletak di Armenian Street. Murid-murid tidak perlu bayar untuk masuk Muzium Peranakan. Kami memasuki muzium itu. Muzium itu sungguh menarik. Kami pergi ke galeri-galeri yang terdapat di sana. Kami juga mengambil banyak gambar di sana. Seleaps kami telah ke semua galeri, kami bercadang untuk memakan di Geylang. Setelah kami makan di Geylang, kami pun balik ke rumah masing-masing.

Sunday, June 5, 2011

Aktiviti pada bulan Jun

Bulan Jun adalah bulan untuk kami berehat tetapi kami juga harus kadang-kala untuk membuat kerja sekolah dan harus ke sekolah. Saya tiada banyak aktiviti untuk dilakukan pada bulan Jun.

Pada hari Isnin yang akan datang, saya akan ke rumah Norazika bersama kawan-kawan saya. Kami akan 'Movie Marathon'. Kami akan menonton banyak cerita. Saya tidak akan ke mana-mana pada hari Selasa. Saya akan membuat kerja sekolah saya. Saya juga tidak akan ke mana-mana pada hari-hari seterusnya. Pada hair-hari itu, saya akan berehat dan juga akan buat kerja sekolah. Kadang-kala, saya malas untuk membuat kerja sekolah ini tetapi saya harus tetap buat. Pada 9 Jun, saya akan menyambut hari jadi Norazika. Pada 21 dan 22 Jun, saya ada DL Camp. Saya tidak sabar untuk pergi perkhemahan itu. Tentu akan menyeronokkan!

Saya tidak pasti apa yang saya akan lakukan pada hari-hari lain tetapi perkara-perkara yang saya buat itu haruslah berfaedah.