Monday, August 29, 2011

Persiapan untuk Hari Raya

Hari Raya akan tiba tidak lama lagi. Saya tidak sabar untuk berhari raya. Hari seperti ini cuma berlaku setahun sekali. Keluarga saya semua sedang sibuk dengan persiapan buat perayaan. Ayah saya telah mengecat rumah dengan warna emas. Saya dan adik saya pula menganyam ketupat. Ibu saya mengemas rumah. Pada tahun ini, kami tidak membuat kuih-muih kerana ibu saya sungguh sibuk dengan kerjanya dan dia selalu penat. Ibu saya hanya pergi membeli kuih-muih.

Selain daripada itu, kami juga ada keluar ke bazaar geylang untuk membeli baju kurung. Keluarga saya membeli baju kurung sepasang berwarna emas dan bnayak lagi. Saya tidak sabar untuk berhari-raya! :D

Saturday, August 13, 2011

Sambutan Hari Kebangsaan Singapura

Pada 9 Ogos, aku hanya duduk di rumah. Keluargaku tidak pergi ke mana-mana. Ibuku membuat kerja rumah. Aku, adikku dan ayahku mengemas dan membersihkan rumah. Banyak yang harus dibuat.

Setalah itu, aku menonton NDP dari televisyen. Pembarisan pada tahun ini agak menarik dan ia menyentuh hatiku. Ia menunjuk tentang kami semua sebuah keluarga yang gembira. Aku suka dengan lagu tema NDP tahun ini. Nama lagu itu ialah ' In A Heartbeat'. Walaupun aku menonton NDP di kaca televisyen, aku tidak dapat merasa semangat Singapura. Aku pasti orang yang pergi ke tempat NDP dapat rasa semangat Singapura.

Cita-citaku

Aku selalu mendengar soalan yang sama daripada semua orang. Di sekolah, di luar dan dimana-mana pun. Soalan itu ditanya semenjak kami di tadika. Soalan itu ialah "Apakah cita-cita kamu apabila kamu sudah dewasa?"

Di tadika, kami tentu akan jawab kami ingin menjadi seorang yang berjaya seperti menjadi seorang jurutera, seorang doktor dan banyak lagi. Bagiku, aku mahu menjadi seorang doktor kerana aku mahu menolong orang yang sakit.

Di sekolah rendah pula, soalan yang sama ditanya. Jawapannya tetap sama tetapi bagiku, aku menjadi seorang saintis kerana aku minat dalam bidang sains walaupun aku tidak begitu bagus. Aku berazam bahawa apabila aku telah menjadi seorang saintis yang berjaya, aku akan mencari cara untuk menyembuh penyakit barah.

Sekarang, cita-citaku tetap sama. Aku tetap mahu menjadi seorang saintis kerana aku masih minat dalam bidang sains.

Aku harap-harap aku dapat menjadi seorang saintis yang berjaya dan juga berguna. :D

Tuesday, August 2, 2011

Persiapan Bagi Menyambut Ramadhan

Bulan Ramadhan sudah pun bermula. Saya sungguh tidak sabar untuk berpausa! Sejak kecil, Saya suka berpuasa. Saya belajar untuk berpuasa setengah hari semasa saya kecil. Apabila saya sudah bersedia, saya pula mula berpuasa sepenuh hari.

Kadangkala pada bulan Ramadhan, keluarga saya akan berbuka sama-sama di rumah makcik saya. Kadangkala pula keluarga saya akan berbuka di luar. Saya suka apabila kami berkumpul untuk berbuka puasa sama-sama. Sungguh menyeronokkan! Kami akan bercerita pengalaman kami berpuasa.

Walaupun kami terpaksa untuk tidak makan dan minum sepanjang hari, saya tetap bersemangat untuk berpuasa kerana saya tidak perlu memkan dan minum dan itu bermakna bahawa saya boleh berjimat. Ibu bapa saya tetap memberi duit sekolah walaupun saya berpuasa.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang suci. Saya suka berpuasa sampai bila-bila!