Friday, February 25, 2011

Aktiviti Kegiatan Kokurikular

Kegiatan Kokurikular saya ialah choir. Saya sebenarnya mahu masuk SJAB tetapi saya dimasukkan ke choir. Pada hari pertama di choir, hati saya bedebar-debar. Saya tidak kenal sesiapa yang masuk choir. Saya hanya keseorangan. Walaupun begitu, anggota choir semua baik. Selepas itu, saya tidak takut lagi. Ada ramai murid menengah satu yang dimasukkan ke choir. Kira-kira 20 murid. Jumlah murid di choir termasuk murid-murid menengah satu kira-kira 70 ke 80.

Murid-murid menengah 1 harus audisi. Di dalam choir, ada beberapa kumpulan. Kumpulan-kumpulan itu ialah: "Soprano 1", "Mezzo Soprano" dan juga "Alto 1&2". Soprano 1 ialah kumpulan yang boleh mencapai nota muzik yang tinggi. Mezzo Soprano pula boleh mencapai nota yang tinggi tetapi tidak setinggi Soprano 1. Alto 1&2 boleh menyanyi nota yang rendah. Saya dimasukkan ke Soprano 1. Kumpulannya kecil tetapi mereka boleh menyanyi dengan kuat.

Instuktor memberitahu kami bahawa kami dapat mengambil bahagian dalam SYF. Guru choir kami memberi kami maklumat tentang choir. Kami ada choir pada hari Isnin dan Jumaat, 2.30-5.30pm dan Rabu,2.15-4.15pm.

Kami diberi 3 lagu yang akan dinyanyikan pada SYF. Nama-nama lagu itu ialah, The Wind, Aizu Bandaisan dan Tong Tongodogodo. The Wind ialah lagu yang akan dinyanyikan oleh semua sekolah. Ia dipanggil "Set Piece". Aizu Bandaisan ialah sebuah lagu Jepun. Kami belajar menyanyi lagu. Lagu-lagu semua sungguh menarik. Saya harap saya dapat mengambil bahagian dalam SYF!

Saturday, February 19, 2011

Pantang Larang

Pantang larang merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Pantang larang ini turun-menurun, dari zaman nenek moyang kami hingga ke zaman sekarang. Pantang larang ini semua bertujuan untuk mendidik masyarakat nilai-nilai baik yang boleh diamalkan dalam kehidupan tetapi ia jarang digunakan pada zaman sekarang.

Ada pantang larang yang benar dan ada yang tidak. Kami tidak begitu tahu jika pantang larang itu benar atau tidak. Walaubagaimanapun, kami tetap mengikut pantang larang itu. Ada yang tidak percaya akan semua pantang larang ini. Pantang larang ini untuk semua orang. Ada yang untuk lelaki, ada yang untuk perempuan dan ada yang untuk kanak-kanak.

Pada pendapat saya, pantang larang digunakkan untuk mendidik kami nilai-nilai yang baik.

Thursday, February 10, 2011

5 hari di Langkawi dan Pulau Penang! :)








Waktu itu ialah cuti bulan Mac. Saya 11 tahun pada waktu itu. Keluarga saya pergi ke Langkawi bersama saudara-saudara saya. Kami berseronok di sana. 3 hari sebelum kami pergi ke Langkawi, saya kemas barang saya dan membawa barang dan baju-baju untuk ke sana. Pada hari pertama, kami menaiki bas ke Langkawi. Kami membawa beg kami yang sungguh berat tetapi kami terlalu gembira. Kami menaiki bas kira-kira pukul 7.30 malam. Kami sampai di tempat perlabuhan kira-kira pukul 5 petang. Kami menaik bot untuk ke Pulau Langkawi. Itulah kali pertama saya menaiki bot. Saya sungguh takut tetapi bila saya sudah menaiki bot itu, saya tidak rasa takut lagi. Bila kami sudah sampai di Langkawi, kami pergi ke hotel kami. Ia agak besar. Saya baring di atas katil setelah kami masuk bilik kami.


Pada hari kedua, kami pergi ke Makam Mahsuri. Kami mengambil banyak gambar di sana. Kami dapat tahu lebih tentang Mahsuri. Pada hari ketiga, kami pergi ke tempat di mana mereka membuat minyak gamat. Kami dapat tahu macam mana mereka membuat minyak gamat. Saya dapat tahu bahawa ada pelbagai gamat. Pada hari keempat, kami mengemas beg kami dan menaiki bas untuk ke Pulau Penang. Kami tidak sabar untuk pergi ke sana. Setelah beberapa jam, kami pun sampai di Penang. Kami memasuk hotel kami. Ia sungguh besar dan ia mempunyai pandangan yang baik. Hotel itu dekat dengan pantai. Kami duduk di dalam bilik kami. Kami berseronok bermain di dalam bilik kami tetapi masa lalu dengan pantas. Waktu sudah malam, saya tidur.


Pada hari kelima, kami mengemas beg kami. Waktu untuk balik ke Singapura. Kami bersarapan dan mengambil beberapa gambar di hotel itu. Selepas itu, kami menaiki bas dan balik ke Singapura.

Monday, February 7, 2011

Apa yang saya lakukan pada Tahun Baru Cina?

Tahun Baru Cina sudah tiba. Tidak banyak yang dilakukan. Jiran-jiran saya sedang sibuk melayan saudara-saudara mereka. Saya pula sedang sibuk membuat kerja sekolah. Saya pun bermain bola sepak bersama keluarga saya pada hujung minggu. Jiran-jiran saya memberi saya ' hong bao' dan banyak makanan ringan seperti biskut-biskut dan gula-gula. Keluarga saya pula memberi mereka minuman-minuman dan makanan ringan. Keluarga saya juga keluar ke pusat membeli-belah pada hari Sabtu. Banyak kedai telah buka tidak seperti hari Jumaat apabila hampir semua kedai tutup. Keluarga saya makan di Swensons. Saya berseronok bermakan di Swenson. Itu sahaja yang saya lakukan pada Tahun Baru Cina. :)