Hari pertama dan kedua ialah hari orientasi. Hari pertama di sekolah tidak bergitu menarik tetapi hari kedua sungguh menarik! Ada pelbagai aktiviti yang disediakan oleh guru-guru dan murid-murid di sekolah! Saya seronok bermain permainan yang disediakan. Saya juga dapat berkawan dengan rakan-rakan di kelas saya melalui permainan-permainan itu. Guru kami telah memberi jadual kelas kepada kami. Pada hari ketiga, kami membawa buku-buku kami mengikut jadual. Saya ingin mengetahui siapakah guru-guru yang akan mengajar di kelas saya. Tidak begitu banyak yang dilakukan pada hari ketiga. Kami dikehendaki untuk memperkenalkan diri kepada rakan-rakan. Guru-guru di sekolah menengah agak berlainan dari guru-guru di sekolah rendah. Mereka lebih tegas kepada kami kerena kami adalah murid-murid yang sedang meningkat remaja. Pada hari keempat, kami sudah memulakan pelajaran kami yang pertama. Saya diberi tugas kerja sekolah untuk dibawa pulang. Saya akan meneruskan persekolahan saya di sini dengan gembira!
No comments:
Post a Comment