Sunday, June 19, 2011
Lawatan ke Malaysia
Semalam(19 Jun), saya ke Malaysia. Semalam, saya terpaksa bangun awal kerana takut kesesakan jalan raya. Saya menaiki bas untuk ke Malaysia. Saya pergi ke Malaysia untuk satu hari sahaja dan saya pergi bersama keluarga saya dan saudara-mara saya. Walaupun kami telah keluar siang, jalan masuk ke Malaysia masih tersesak. Kami terpaksa menuggu untuk 1 jam di dalam bas. Setelah kami telah lepas, kami teruskan perjalanan kami. Kami pergi ke Tangkak. Di sana ada banyak pokok durian. Kami dapat menikmati durian yang sedap itu. Setelah kami memakan durian, kami membeli-belah di daerah Tangkak. Saya tidak membeli apa-apa di situ kerana di situ hanya menjual kain. Ibu saya membeli banyak kain. Setelah kami membeli-belah di situ, kami pergi ke Ayer Hitam. Saya membeli banyak barang di sana. Saya dapat membeli anak patung Angry Birds yang berwarna biru. Setelah kami habis membeli-belah di Ayer Hitam, kami pergi ke sebuah restoran untuk makan malam. Makanan semua sedap. Kami pun balik selepas kami telah habis makan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment