Sunday, March 20, 2011

Percutian Sekolah Mac

Tidak banyak yang berlaku pada hari pertama dan hari kedua. Pada hari pertama percutian Mac, iaitu hari Sabtu, saya membuat kerja sekolah saya dan juga kemas rumah saya. Saya buat bergitu pada hari kedua juga. Saya pun ada membuat project Sains kami.

Pada hari Isnin pula, ada khemahan aesthetics. Kami ada banyak latihan untuk choir. Sebelum saya pergi rehat, insruktor Choir mengaudisi beberapa murid termasuk saya untuk SYF. Saya sungguh takut. Saya ingin sangat memasuk SYF. Selepas audisi, saya diberitahu bahawa saya akan masuk SYF! Saya sungguh gembira! Pada waktu rehat, kami tidak boleh memakan makanan yang berminyak atau yang digoreng. Kami juga tidak dapat makanan yang bergitu pedas kerana kami harus menjaga suara kami untuk menyanyi di SYF. Saya tidak suka membazir makanan tetapi saya terpaksa membazir. Selepas kamp, saya pergi ke rumah Norazika untuk membuat projek D&T.


Pada hari Selasa, saya juga ada perkhemahan aesthetics. Hari itu juga ada banyak latihan. Kami tidak dapat makan banyak kerana banyak makanan yang digoreng. Hari itu juga ada konsert. Instruktor itu meletak saya di baris yang pertama dan di tengah dan saya akan diri di situ pada pertandingan SYF. Pada waktu konsert itu, kami menyanyi lagu Jepun dan juga lagu tradisional Filipina. Selepas konsert itu, kami memberi maklum balik tentang perkhemahan itu dan pulang rumah. Saya balik terus kerana saya harus pak beg saya untuk ke KL pada hari Rabu hingga ke Sabtu kerana ada jemputan di sana. Saya terpaksa membawa kerja sekolah saya ke sana.

Pada hari Sabtu, saya baru balik dari KL. Saya balik rumah dan membuat kerja sekolah saya dan membuat projek Matematiks saya. Saya sungguh penat pada waktu itu tetapi saya tetap membuat projek itu. Saya tidur kira-kira pukul 11 malam.

Pada hari Ahad, saya menghabiskan semua kerja sekolah saya pada waktu pagi. Pada waktu petang pula, saya pergi ke rumah saudara saya untuk menyambut hari lahirnya yang ketiga. Kami berseronok. Selepas itu, saya pulang rumah dan mengemas beg saya untuk sekolah. :)

No comments:

Post a Comment