Saturday, March 26, 2011

Sekolah Rendah Saya

Saya ada dua sekolah rendah. Sekolah Rendah yang pertama ialah Sekolah Rendah Jin Tai. Saya di sekolah itu dari Darjah 1 hingga Darjah 3. Sekolah itu sungguh menyeronokkan. Kebanyakan murid di situ ialah murid melayu. Guru darjah 1 ialah Miss Lee. Dia sungguh baik. Guru darjah dua saya ialah Miss Lee juga. Kami tidak menukar kelas. Saya dapat bersama dengan rakan saya untuk 2 tahun. Pada pertengahan tahun, pengetua sekolah kami memberitahu kami bahawa kami akan disatukan dengan Sekolah Rendah Qifa. Guru darjah tiga saya ialah Ms Neo. Dia seorang guru yang garang dan dia juga seorang guru yang baik. Pada akhir tahun, kami mengemas kelas kami kerana kami akan ke Qifa pada tahun yang hadapan. Saya berasa sungguh sedih untuk meninggalkan sekolah saya. Ada beberapa kawan-kawan saya yang tidak akan Qifa dan ada juga beberapa guru yang tidak akan ke Qifa. Saya rindu mereka setelah lama tidak menjumpai mereka.

Saya di Sekolah Rendah Qifa dari Darjah 4-6. Pada pertama kali saya ke Qifa, semua sungguh lain. Kebanyakan murid di situ Cina. Kelas saya ialah 4B. Guru saya ialah Mrs Chua. Dia seorang yang baik. Saya suka akan cara-cara dia mengajar kami. Guru Darjah 5 juga sama. Guru Darjah enam saya ialah Ms Uma. Dia ialah HOD untuk bahasa Inggeris. Saya suka tekniknya mengakar kami Matematik dan Inggeris. Dia juga suka bercerita.

Sekarang saya di dalam Sekolah Menengah Clementi Town. Saya suka akan sekolah ini. Walaupun tidak ramai daripada kawan-kawan saya di sekolah ini, saya tetap ada kawan rapat saya di sini.

No comments:

Post a Comment