Friday, June 10, 2011

Tempat Menarik yang Saya Lawati



Tempat menarik yang saya lawati pada waktu cuti sekolah Jun ini ialah Muzium Peranakan dan juga Katong. Saya pergi ke Katong dan Muzium Peranakan bersama Norazika, Farizah dan Mahsuri. Kami pergi ke Katong untuk membuat projek kami tentang tempat itu. Katong ialah tempat yang menarik. Kami melawati Rumah Bebe dimana kami dapat mempelajari tenang orang-orang Peranakan. Kami juga melawati kedai yang menjual Katong Laksa. Malangnya, kami tidak dapat memakan laksa itu.



Selepas kami mejelajah Katong, kami bercadang untuk ke Muzium Peranakan yang terletak di kawasan Armenian Street. Saya tidak pernah pergi ke Muzium Peranakan. Banyak muzium terletak di Armenian Street. Murid-murid tidak perlu bayar untuk masuk Muzium Peranakan. Kami memasuki muzium itu. Muzium itu sungguh menarik. Kami pergi ke galeri-galeri yang terdapat di sana. Kami juga mengambil banyak gambar di sana. Seleaps kami telah ke semua galeri, kami bercadang untuk memakan di Geylang. Setelah kami makan di Geylang, kami pun balik ke rumah masing-masing.

No comments:

Post a Comment