Saturday, July 9, 2011

Lawatan ke Pulau Ubin

Pada Hari Belia, semua pelajar Melayu Menengah Satu dan Dua pergi ke Pulau Ubin. Kami berkumpul di foyer sekolah pada pukul 6.45 pagi. Selepas kami semua sudah berkumpul, kami berangkat ke Changi Jetty pada pukul 7.20 pagi. Murid-murid menengah 1 menaiki satu bas dan murid-murid menengah dua menaiki bas lain. Perjalanan ke Changi Jetty mengambil kira-kira satu jam.

Setelah kami sudah sampai di Changi Jetty, kami berkumpul dan selepas itu diberikan baju kemeja T yang berwarna merah. Kami kemudian diberikan masa untuk bertukar dan selepas itu, kami diberikan sebuah beg plastik yang mengandungi beberapa makanan ringan. Kami juga diberikan duit untuk menaiki bot pergi dan balik. Selepas semua itu telah dibuat, kami pun dibahagikan kepada tiga kumpulan. Saya di dalam kumpulan B. Kami pun menaiki bot dengan kumpulan.

Perjalanan ke Ubin mengambil masa kira-kira 10 minit. Ini bukan kali pertama saya menaiki bot jadi saya tidak terlalu takut tetapi ada yang seperti takut apabila menaiki bot itu. Setelah beberapa minit berlalu, kami menaiki van yang akan menghantar kami ke tempat dimana kami akan membuat semua aktiviti-aktiviti yang telah disediakan.

Apabila kami sudah sampai di tempat itu, kumpulan kami pergi ke stesen pertama kami iaitu: permainan kampung. Di situ, kami dapat mengenali lebih tentang permainan-permainan yang dimain di kampung. Kami juga dapat belajar tentang rumah-rumah kampung. Permainan-permainan yang disediakan ialah congkak, tapak kuda dan banyak lagi. Saya berseronok setelah bermain beberapa aktiviti yang disediakan itu.

Setelah stesen itu, kami ada waktu untuk berehat sebelum kami berpisah balik untuk ke stesen kami yang seterusnya. Stesen seterusnya ialah lukisan batik. Di sana, kami diajar untuk melukis batik yang cantik-cantik. Kami dapat mewarnakan lukisan-lukisan batik itu. Untuk membuat ini, kami harus bersabar dan harus teliti. Saya dapat mewarnakan lukisan bunga. Walaupun ia tidak bergitu bagus, saya tetap berseronok.

Stesen yang seterusnya ialah dikir barat. Pada pendapt saya, saya sungguh suka dengan dikir barat. Ia sangat menyeronokkan. Kami harus bekerja sebagai satu kumpulan supaya tiada kesalahan. Kami juga dapat berkenalan antara satu sama lain. Saya dapat mempelajari lebih tentang dikir barat.

Setelah itu, kami berkumpul kembali dan selepas itu kami memberikan hadiah untuk pemenang-pemenang batik. Kami setelah itu pun pulang menaiki bot ke Changi Jetty dan selepas itu kami bersurai di foyer sekolah.

No comments:

Post a Comment