Thursday, February 10, 2011

5 hari di Langkawi dan Pulau Penang! :)








Waktu itu ialah cuti bulan Mac. Saya 11 tahun pada waktu itu. Keluarga saya pergi ke Langkawi bersama saudara-saudara saya. Kami berseronok di sana. 3 hari sebelum kami pergi ke Langkawi, saya kemas barang saya dan membawa barang dan baju-baju untuk ke sana. Pada hari pertama, kami menaiki bas ke Langkawi. Kami membawa beg kami yang sungguh berat tetapi kami terlalu gembira. Kami menaiki bas kira-kira pukul 7.30 malam. Kami sampai di tempat perlabuhan kira-kira pukul 5 petang. Kami menaik bot untuk ke Pulau Langkawi. Itulah kali pertama saya menaiki bot. Saya sungguh takut tetapi bila saya sudah menaiki bot itu, saya tidak rasa takut lagi. Bila kami sudah sampai di Langkawi, kami pergi ke hotel kami. Ia agak besar. Saya baring di atas katil setelah kami masuk bilik kami.


Pada hari kedua, kami pergi ke Makam Mahsuri. Kami mengambil banyak gambar di sana. Kami dapat tahu lebih tentang Mahsuri. Pada hari ketiga, kami pergi ke tempat di mana mereka membuat minyak gamat. Kami dapat tahu macam mana mereka membuat minyak gamat. Saya dapat tahu bahawa ada pelbagai gamat. Pada hari keempat, kami mengemas beg kami dan menaiki bas untuk ke Pulau Penang. Kami tidak sabar untuk pergi ke sana. Setelah beberapa jam, kami pun sampai di Penang. Kami memasuk hotel kami. Ia sungguh besar dan ia mempunyai pandangan yang baik. Hotel itu dekat dengan pantai. Kami duduk di dalam bilik kami. Kami berseronok bermain di dalam bilik kami tetapi masa lalu dengan pantas. Waktu sudah malam, saya tidur.


Pada hari kelima, kami mengemas beg kami. Waktu untuk balik ke Singapura. Kami bersarapan dan mengambil beberapa gambar di hotel itu. Selepas itu, kami menaiki bas dan balik ke Singapura.

No comments:

Post a Comment