Friday, February 25, 2011

Aktiviti Kegiatan Kokurikular

Kegiatan Kokurikular saya ialah choir. Saya sebenarnya mahu masuk SJAB tetapi saya dimasukkan ke choir. Pada hari pertama di choir, hati saya bedebar-debar. Saya tidak kenal sesiapa yang masuk choir. Saya hanya keseorangan. Walaupun begitu, anggota choir semua baik. Selepas itu, saya tidak takut lagi. Ada ramai murid menengah satu yang dimasukkan ke choir. Kira-kira 20 murid. Jumlah murid di choir termasuk murid-murid menengah satu kira-kira 70 ke 80.

Murid-murid menengah 1 harus audisi. Di dalam choir, ada beberapa kumpulan. Kumpulan-kumpulan itu ialah: "Soprano 1", "Mezzo Soprano" dan juga "Alto 1&2". Soprano 1 ialah kumpulan yang boleh mencapai nota muzik yang tinggi. Mezzo Soprano pula boleh mencapai nota yang tinggi tetapi tidak setinggi Soprano 1. Alto 1&2 boleh menyanyi nota yang rendah. Saya dimasukkan ke Soprano 1. Kumpulannya kecil tetapi mereka boleh menyanyi dengan kuat.

Instuktor memberitahu kami bahawa kami dapat mengambil bahagian dalam SYF. Guru choir kami memberi kami maklumat tentang choir. Kami ada choir pada hari Isnin dan Jumaat, 2.30-5.30pm dan Rabu,2.15-4.15pm.

Kami diberi 3 lagu yang akan dinyanyikan pada SYF. Nama-nama lagu itu ialah, The Wind, Aizu Bandaisan dan Tong Tongodogodo. The Wind ialah lagu yang akan dinyanyikan oleh semua sekolah. Ia dipanggil "Set Piece". Aizu Bandaisan ialah sebuah lagu Jepun. Kami belajar menyanyi lagu. Lagu-lagu semua sungguh menarik. Saya harap saya dapat mengambil bahagian dalam SYF!

No comments:

Post a Comment