Monday, February 7, 2011

Apa yang saya lakukan pada Tahun Baru Cina?

Tahun Baru Cina sudah tiba. Tidak banyak yang dilakukan. Jiran-jiran saya sedang sibuk melayan saudara-saudara mereka. Saya pula sedang sibuk membuat kerja sekolah. Saya pun bermain bola sepak bersama keluarga saya pada hujung minggu. Jiran-jiran saya memberi saya ' hong bao' dan banyak makanan ringan seperti biskut-biskut dan gula-gula. Keluarga saya pula memberi mereka minuman-minuman dan makanan ringan. Keluarga saya juga keluar ke pusat membeli-belah pada hari Sabtu. Banyak kedai telah buka tidak seperti hari Jumaat apabila hampir semua kedai tutup. Keluarga saya makan di Swensons. Saya berseronok bermakan di Swenson. Itu sahaja yang saya lakukan pada Tahun Baru Cina. :)

No comments:

Post a Comment