Tuesday, April 19, 2011

Pertandingan SYF

Pertandingan Syf sudah berlalu. Saya tidak beberapa puas hati dengan keputusan kami. Kami semua menangis kerana kami tidak dapat emas. Kami hanya dapat perak. Walaubagaimanpun, kami telah cuba sedaya upaya dan yang penting ialah kami berseronok menyanyi. Kami dapat melihat 3 choir selepas kami. Mereka sungguh bagus tetapi saya percaya bahawa kami lebih baik daripada mereka.

Sebelum kami pergi ke SOTA, kami bertukar kepada gaun kami. Saya tidak suka memakai gaun tetapi saya terpaksa. Selepas itu, kami berdandan. Selepas berdandan, kami memulakan latihan kami. Kami menyanyi ketiga-tiga lagu itu berkali-kali. Instruktor kami membetulkan semua kesalahan kami. Selepas latihan itu, kami menaiki bas untuk ke SOTA. Di dalam perjalanan ke SOTA, kami menyanyi. Setelah kami sampai di SOTA. Kami menunggu untuk giliran kami untuk menyanyi. Kami sungguh takut tetapi kami semua percaya bahawa kami boleh mendapat perak atau emas. Selepas giliran kami, kami melihat tiga choir dan selepas itu, kami menaiki bas untuk ke CTSS. Kami menukar baju dan selepas itu, kami pulang.

Hari pengumuman keputusan ialah pada hari pertandingan kami. Hanya sepuluh orang dapat pergi dan 10 orang itu ialah daripada menengah empat yang hendak mengambil peperiksaan peringkat GCE 'O'. Pada pukul 6.15 petang, mereka memberitahu keputusan kami. Ada yang menangis. Saya juga menangis tetapi saya percaya bahawa kami telah melakukan yang terbaik.

No comments:

Post a Comment